Tuesday, May 15, 2012

Mulakan Langkah Dengan.. Mencari Ilmu.

Assalamualaikum w.b.t.

Aku tak nafikan betapa pentingnya ilmu yang betul dalam dunia pelaburan hartanah ini. Semua orang mengakuinya, namun.. tak ramai yang mencari!

Itu yang pelik dan ajaib.

Disebabkan itulah ramai orang terpedaya dengan skim-skim cepat kaya yang menipu, rugi dengan buat pelaburan-pelaburan yang salah dan terperangkap dalam hutang yang banyak.

Oleh itu, aku mulakan langkah aku (setelah terjerumus dalam perangkap jugak) dengan mengikuti program Platinum Hartanah anjuran SCON Consultancy, dikelolai oleh Dr Shah Razali.

Baru-baru ni aku telah menghadiri Workshop Property Combat yang berlangsung selama 5 hari. Ia memang program yang best.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah, sesi soal jawab, main game cash flow (Robert Kiyosaki), game paintball, dan property hunting.

Yang paling aku suka adalah.. main game cash flow kerana aku nampak dah camne nak uruskan kewangan secara simulasi.


Ni gambar aku bersama Dr Shah Razali (DSR). Hehe..

No comments:

Post a Comment