Tuesday, May 29, 2012

Work To Learn!

Assalamualaikum w.b.t.

Pertamanya, izinkan saya memperjelaskan maksud saya membuat blog ini. Bukanlah niat saya mahu menunjuk-nunjuk harta dan kemewahan saya, tetapi sebenarnya untuk menjadi peringatan kepada diri saya sendiri. Blog ini ditujukan khas kepada diri saya sendiri, agar sekiranya saya sudah mencapai cita-cita kebebasan kewangan dan mempunyai harta, saya tidak lupa asal siapa saya dulu.

Sekiranya anda merasakan informasi dalam blog saya ini memberikan faedah, saya turut tumpang gembira. Saya bukanlah insan yang hebat dan sempurna, cuma insan biasa-biasa yang mahu berusaha secara luar biasa. Doakanlah saya agar saya beroleh rezeki yang berkah dan bebas dari belenggu hutang. Saya cuma anak muda yang masih tergapai-gapai mencari makna kehidupan dan masih cuba memahami erti realiti dunia sebenarnya.

Ok. Saya suka idea Robert Kiyosaki.


Malah, seorang pakar kewangan tempatan, Milan Doshi juga turut menasihatkan agar para belia menumpukan kepada meningkatkan pendapatan samada secara makan gaji atau buat bisnes.

Tetapi.. sekarang saya keliru. Bagaimana saya nak tingkatkan pendapatan saya?

Apa yang saya nampak adalah dengan buat kerja part-time, tapi itu akan memakan banyak masa dan tenaga saya sedangkan saya cuma memiliki masa dan tenaga yang terbatas. Jika saya luangkan sedikit, saya dapat sedikit. Jika banyak, maka bolehlah dapat banyak. Tapi sejauh mana saya boleh korbankan banyak masa dan tenaga saya?

Saya masih tak punyai jawapan.

Update :

No comments:

Post a Comment