Assalamualaikum w.b.t.
Aku dah tulis dah sasaran-sasaran kewangan keluarga aku. Nampak menarik dan memberikan semangat, tetapi hari tak selamanya cerah. Apabila aku mulai perhalusi pengurusan kewangan ni, baru lah aku terasa betapa payah dan peritnya nak uruskan duit. Patutlah tak ramai orang yang kaya, sebab payah sebenarnya nak uruskan duit. Payah daripada segi istiqamah dan ketelitian. Jika tak teliti betul-betul, akan berlaku pulak kebocoran atau ketirisan.
Dah mengomel, 'mana pulak perginya lebihan duit aku nih?'
Itulah yg berlaku kat aku. Kalo difikir-fikirkan, rasa macam ada lebihan duit bulan ni sebab gaji dah naik. Tapi bila di penghujung bulan, tengok-tengok habis jugak. Masih tak cukup-cukup lagi?
Adoi.. kat mane la silapnya.
Sebab itulah, aku mulai menyemak sendiri ke mana perginya duit aku bulan ni. Hah... bila masuk bab ni la sampai 2-3 hari aku tido lewat, dan pergi keja lewat. Pening doh! memang sakit bila jadi akauntan, tapi alhamdulillah, malam tadi.. berjaya juga aku selesaikannya. Seterusnya, membuat budget untuk perbelanjaan bulan Jun pulak.
Bila dah selesai.. Fuh..! Syok giler. Baru aku sedar bahawa bukanlah ada toyol yang curi atau duit tu tercicir kat tengah jalan, tetapi aku ada tergunapakai untuk membeli perabot yang bernilai RM900. Tu yang duit lari kat situ. Malahan aku pun ada pergi KL untuk hadiri seminar 5 hari yang pasti memakan belanja beratus ringgit la jugak.
Nasib baik isteri aku ni seorang yang konsisten mencatat setiap perbelanjaan kami. Cumanya slack kat aku le, yang malas nak catat perbelanjaan sendiri. So, pasal tu le bila aku buat kira-kira, ada je yang short. Sebab aku tak tahu ke mana perginya sebahagian duit tu.
Tapi alhamdulillah, sekarang aku akan lebih berhati-hati dan teliti. Aku akan ikuti jejak langkah Abah yang hari-hari catat duit keluar masuk. Memang respect kat Abah.
Walau pun susah buat budget, tapi aku PUASHATI!
No comments:
Post a Comment